- JBS Sarawak
- Hits: 23
SONG VOLLEYBALL CLUB (A) JOHAN LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN KAPIT 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 23
Disediakan oleh: MCG, PBSB Kapit
SONG, 13 Jun 2026 – Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Kapit bagi acara bola tampar telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Jun 2026 di SJK Hin Hua, Song hasil kerjasama erat antara Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Kapit dan Song Volleyball Club.
Kejohanan yang menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik dari sekitar Bahagian Kapit ini bertujuan memperkukuhkan semangat kesukanan, memupuk gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan dalam kalangan komuniti melalui sukan.
Selepas melalui beberapa perlawanan yang sengit dan kompetitif, Song Volleyball Club (A) berjaya muncul sebagai juara kejohanan setelah mempamerkan aksi cemerlang sepanjang pertandingan berlangsung. Kejayaan ini melayakkan pasukan tersebut untuk mewakili Bahagian Kapit ke Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan di Kuching.
Pihak pejabat merakamkan penghargaan kepada Song Volleyball Club atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan kejohanan ini, serta mengucapkan tahniah kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Diharapkan kejayaan Song Volleyball Club (A) dapat menjadi inspirasi kepada atlet-atlet lain untuk terus aktif dalam bidang sukan serta mengharumkan nama Bahagian Kapit di peringkat yang lebih tinggi. Semoga pasukan tersebut berjaya mencatatkan prestasi cemerlang ketika mewakili Bahagian Kapit di Kuching kelak.
#JBSNKomited
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#TeamJBSN
#TeamKBS
#PBSBKAPIT
