- JBS Sarawak
- Hits: 9
Lawatan Kerja Pengarah JBSN Sarawak Ke PBSB Sibu
- JBS Sarawak
- Hits: 9
Disediakan oleh : TT, PBSB Sibu
SIBU, 12 Jun 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Sibu hari ini menerima kunjungan rasmi daripada Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Sarawak.
Lawatan kerja yang berlangsung di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu ini bertujuan untuk memantau operasi, membincangkan hala tuju program belia dan sukan, serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan di peringkat bahagian.
Sesi taklimat dan perbincangan dua hala turut diadakan bersama warga kerja PBSB Sibu bagi meneliti perkembangan program-program utama yang akan datang.
Seluruh warga kerja PBSB Sibu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Pengarah atas amanat, bimbingan, dan sokongan yang diberikan demi pemerkasaan agenda belia dan sukan di Bahagian Sibu.
#JBSNKomited #JBSNBersama #MalaysiaMadani #TeamJBSN #JBSNSarawak #TeamKBS #PBSBSibu
