- JBS Sarawak
- Hits: 9
Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kerja Program Fiesta Rakan Muda @ Mukah Peringkat Negeri Sarawak 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 9
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 13 JUN 2026 – Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kerja Program Fiesta Rakan Muda @ Mukah Peringkat Negeri Sarawak 2026 telah diadakan pada 12 Jun 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak (Bahagian Mukah). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tuan Royston Valentine, Ahli Dewan Undangan Negeri N.57 Tellian. Turut hadir Puan Hafizah Dahlan, Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Taklimat program telah disampaikan oleh Puan Hafizah Dahlan kepada semua ahli mesyuarat yang hadir bagi menerangkan intipati program yang dirancang. Maklum balas daripada jawatankuasa kerja serta agensi yang terlibat turut dibincangkan untuk memastikan program yang akan dilaksanakan berjalan lancar. Program Fiesta Rakan Muda @ Mukah Peringkat Negeri Sarawak 2026 akan berlangsung pada 27-28 Jun 2026 di UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Mukah dengan menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada belia dan komuniti setempat.
