- JBS Sarawak
- Hits: 10
MESYUARAT BERSAMA PENGURUS PASUKAN LIGA SUKAN KOMUNITI BAHAGIAN MIRI 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 10
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 12 JUN 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah mengadakan mesyuarat bersama pengurus pasukan bagi acara futsal, bola tampar dan bola jaring Liga Sukan Komuniti Bahagian Miri 2026.
Sesi bermula dengan penyampaian ucapan dan amanat oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri dan diteruskan dengan taklimat peraturan permainan dan cabutan undi yang disampaikan oleh pegawai teknikal bagi setiap acara yang dipertandingkan. Kejohanan Liga Sukan Komuniti Bahagian Miri 2026 bagi semua acara akan diadakan di Champion Futsal Court, SMK Riam Road dan Kelab Rekreasi Petroliam.
Johan akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500 beserta medal, manakala naib johan dan tempat ketiga bersama masing-masing akan menerima RM300 dan RM200 beserta dan medal. Johan dan naib johan akan mewakili Bahagian Miri ke Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak yang dijadualkan pada 18 Julai 2026. PBSB Miri mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pasukan yang bertanding pada 13 Jun 2026.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
