- JBS Sarawak
- Hits: 20
FOOTSALTYPO FT Juara Futsal Liga Sukan Komuniti Bahagian Mukah 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 20
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 15 JUN 2026 - Pasukan FOOTSALTYPO FT telah dinobatkan sebagai juara futsal Liga Sukan Komuniti Bahagian Mukah 2026 setelah berjaya menewaskan pasukan SESUKA FT dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada 13 Jun 2026 di Dewan Sukan Tertutup SSC Mukah. Tempat ketiga bersama telah disandang pasukan LUCU FT dan Saberkas Uniteh FT. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Royston Valentine, ADUN N.57 Tellian sejurus tamat perlawanan akhir tersebut.
Pasukan yang menempah tiket ke perlawanan akhir masing-masing akan meneruskan saingan ke peringkat negeri Sarawak pada 18 Julai 2026 di Kuching. Pasukan yang mendapat Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga Bersama masing-masing membawa hadiah wang tunai RM 500.00, RM 300.00 dan RM 200.00 beserta pingat. Program tersebut telah disertai 16 pasukan dari seluruh bahagian Mukah yang melibatkan majoritinya golongan belia. Turut hadir ke majlis penyampaian hadiah ialah Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah.
