- JBS Sarawak
- Hits: 14
SESI PERBINCANGAN BAGI PENYELARASAN PERANCANGAN PROGRAM BELIA BERSAMA KELAB BELIA PEKAN KAPIT
- JBS Sarawak
- Hits: 14
Disediakan oleh: O.A.K, JBSN Sarawak
KAPIT, 24 Jun 2026 – Satu sesi perbincangan telah diadakan pada 11 Jun 2026 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit bagi menyelaras perancangan program belia serta memperkukuhkan kerjasama strategik bersama Kelab Belia Pekan Kapit.
Perbincangan tersebut tertumpu kepada perancangan aktiviti dan program Belia dan Rakan Muda yang akan dilaksanakan di daerah Kapit. Diantara program yang dibincangkan adalah Majlis Perundingan Belia , Kem Belia dan program Mobilisasi Kesukarelawan Rakan Muda.
Dalam sesi tersebut, Puan Olivia Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit turut memperingatkan agar setiap program yang dilaksanakan mampu memberi manfaat berpanjangan kepada komuniti belia di luar bandar secara menyeluruh. Kerjasama strategik ini dijangka dapat meningkatkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan di samping menyokong agenda pembangunan modal insan yang sihat, aktif dan cergas. Turut hadir pada perbincangan tersebut ialah Encik Bayron Luat, Setiausaha KBPK dan Encik Sylvestine Juan.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBKapit
