- JBS Sarawak
- Hits: 21
Ringan Tulang Amalan Mulia
- JBS Sarawak
- Hits: 21
Ringan Tulang Amalan Mulia
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 25 Jun 2026 – Pada 20 Jun 2026 yang lepas bertempat di Pantai Pandan, Lundu, seramai 35 orang anak muda telah menyertai program Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda 2026 Siri 1 anjuran PBSB Kuching dengan kerjasama Kelab Rakan Bandar Baru Samariang dan Persatuan Belia Kampung Pandan Lundu. Aktiviti yang dijalankan ialah gotong royong membersihkan Pantai Kampung Pandan. Turut hadir memberi sokongan kepada belia-belia ini ialah Encik Azhar Dillah, Ketua Kampung Pandan Lundu bersama-sama ahli jawatankuasa kampung mereka.
Program ini bertujuan untuk menggalakkan dan melahirkan sukarelawan di kalangan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelawanan yang tinggi, saling membantu antara satu sama lain serta peka dengan keadaan sekeliling.
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanPrihatin
