- JBS Sarawak
- Hits: 21
SARAWAK SCOUT ECO-RUN 5.0, DAERAH SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 21
Disediakan Oleh : M.Johari, JBSNSarawak
SARIKEI, 20 Jun 2026 : Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak (Daerah Sarikei) telah menganjurkan Sarawak Scout Eco-Run 5.0 yang diadakan di Stadium Bola Keranjang, Taman Susur Jambu. Seramai lebih 600 orang menyertai larian ini. Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei merangkap Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah dan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal telah terlibat dengan penganjuran larian ini. Turut terlibat membantu ialah Encik Zulfadhli bin Leonardo, Penolong Pegawai Cawangan Rakan Muda merangkap Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Daerah Sarikei.
Majlis pelepasan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohammad Redza bin Rapaiee, Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Sarikei. Hadir bersama dalam program pagi ini ialah Tuan Zalani Hj. Sidi, Pesuruhjaya Pengakap Daerah, Penolong- Penolong Pesuruhjaya dan Ahli Majlis Pengakap Daerah.
PBSB Sarikei mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta serta PPMCS (Daerah Sarikei) atas kejayaan penganjuran kali ini dan berharap agar program seperti ini alan dapat diteruskan pada masa hadapan.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
