- JBS Sarawak
- Hits: 11
GURU DARI SMK KAPIT DAN SMK KAPIT NO. 2 SERTAI BENGKEL PEMIMPIN BAHARU ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 11
Disediakan oleh: O.A.K, JBSN Sarawak
KAPIT, 24 Jun 2026 – Tiga orang guru daripada SMK Kapit dan SMK Kapit No. 2 telah menyertai Bengkel Pemimpin Baharu Anugerak Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Sarawak 2026 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Kuching dari 18 hingga 20 Jun 2026. Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSN Sarawak) ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta mengenai konsep, falsafah, struktur serta pelaksanaan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
Wakil daripada bahagian Kapit ialah Encik Valarian Lainus dan Puan Lily Tambap (SMK Kapit) dan Puan Michelle Tiong (SMK Kapit). Sepanjang program tersebut, didedahkan pelbagai aspek termasuk pengurusan program, Pembangunan sahsiah, kepimpinan belia, kesukarelawan serta pelaksanaan aktiviti yang memenuhi keperluan penarafan ARPRM.
PBSB Kapit mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Valarian Lainus, Puan Lily Tambap dan Puan Michelle Tiong kerana telah memberi komitmen sepanjang bengkel bagi memperkasa penglibatan pelajar dalam program Rakan Muda.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBKapit
