- JBS Sarawak
- Hits: 19
Bersenam Amalan Gaya Hidup Sihat
- JBS Sarawak
- Hits: 19
Bersenam Amalan Gaya Hidup Sihat
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 25 Jun 2026 – Pada 21 Jun 2026 yang lalu bermula jam 1.00 hingga 6.00 petang bertempat di tingkat 3, Kuching Sentral, seramai 16 orang penggerak kecergasan telah mengetuai aktiviti aerodance yang bertemakan beat, sweat & enjoy dengan kehadiran 105 orang peserta.
Aktiviti aerodance ini diketuai oleh Tuan Haji Syaiful Anwar Ishak dan dibantu oleh Miss Pinkie, Encik Busman Noor serta Encik Sannd Wan. Amalan bersenam secara konsisten terus digalakkan dalam kalangan masyarakat bagi melahirkan rakyat yang sihat, cergas dan produktif. Aktiviti senaman bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kecergasan fizikal, malah mampu mengurangkan risiko pelbagai penyakit seperti obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi. Selain meningkatkan kesihatan, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta.
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#MADANISihat
#RakanAktif
