- JBS Kelantan
- Hits: 86
TAMRIN RIADA UKHUWAH BELIA – BELIAWANIS KELAB BELIA GENERASI PENGGERAK UMMAH MASJID ISMAIL PETRA TANAH MERAH
TANAH MERAH, 23 Mei 2024 – Tamrin atau latihan merupakan antara elemen yang penting yang perlu dilaksanakan oleh mana – mana pertubuhan berorganisasi kerana melalui tamrin inilah akan melatih para ahli dan pemegang jawatankuasa untuk merasai hikmah berorganisasi disamping membina tautan ukhuwah yang lebih erat bagi melancarkan perjalanan sesebuah organisasi.
Pengerusi Kelab Belia Generasi Penggerak Ummah Masjid Ismail Petra Tanah Merah iaitu Saudara Mohd Hanif Fitri Bin Sawadi bersama kepimpinan telah mengambil peluang sempena cuti Hari Wesak dengan melaksanakan Program Bowling Mahabbah Beliawanis Kelab Belia Generasi Penggerak Ummah Masjid Ismail Petra bertempat di Lite Superbowl Mydin Tunjung pada 22 Mei 2024 ( Rabu ).
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
- JBS Kelantan
- Hits: 86
