PROGRAM RAKAN MUZIK : DIKIR BARAT SIRI 2 SERLAHKAN BAKAT BELIA

PASIR PUTEH, 20 JULAI 2025 – Program Rakan Muzik: Rentak Seni – Dikir Barat Siri 2 telah berlangsung pada 20 Julai 2025 di Gelanggang Lepah Jati, Bukit Abal, Selising. Program ini merupakan inisiatif memperkasakan seni warisan budaya tempatan dalam kalangan generasi muda khususnya melalui medium dikir barat yang kian mendapat tempat dalam masyarakat.

Para peserta didedahkan secara menyeluruh kepada lima komponen utama latihan iaitu vokal dan kawalan suara, gerak tubuh, persembahan berpasukan, irama serta sesi persembahan penuh. Latihan yang dijalankan ini telah dikendalikan oleh Encik Md. Gel Mat Dali atau lebih dikenali sebagai Pak Su Agel.

Program ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada teknik nyanyian dan persembahan dikir barat, malah turut menekankan aspek kerjasama berpasukan dan disiplin dalam persembahan seni. Ianya jua berpeluang mengasah bakat, malah mampu menyemai rasa cinta terhadap seni tradisional dan budaya warisan negara. Inisiatif ini dilihat sebagai langkah strategik dalam memupuk jati diri serta membina sahsiah belia yang seimbang dari segi emosi, sosial dan budaya.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search