- JBS Kelantan
- Hits: 120
TADARUS DAN KHATAM Al-QURAN SEMPENA PROGRAM RAKAN EKSPRESI: RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2024
Tujuan program ini adalah sebagai satu platform yang dapat menarik minat belia untuk menghidupkan bulan Ramadan Al-Mubarak dengan pengisian aktiviti dan program kerohanian. Seramai 10 orang peserta dari Daerah Pasir Puteh yang terdiri daripada ahli Kelab Bola Sepak Sri Nara Pasir Puteh dan pelajar Sek. Men. Keb. Cherang Ruku Pasir Puteh telah hadir ke program tersebut. Pelbagai pengisian dan aktiviti yang dianjurkan antaranya Interaktif Tahsin Al-Quran, Pertandingan Azan, Pertandingan Cerita Pendek (Islamik) dan Majlis Berbuka Puasa
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh
- JBS Kelantan
- Hits: 120
