Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) 2025 @ Tumpat Siri 2

TUMPAT, 21 JULAI 2025 – Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) 2025 @ Tumpat Siri 2 yang diadakan pada 16 Julai 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut telah memberi pengalaman manis buat anak muda yang turut serta. Aktiviti gotong royong, servis tukar minyak hitam , taklimat kerjaya dan perkongsian kejayaan telah dilaksanakan di sekolah tersebut tersebut melibatkan 100 orang sukarelawan.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut, Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu, Syarikat Duo Sport (M) Sdn Bhd dan Syarikat Kalbe Malaysia Sdn Bhd yang turut sama menjayakan program kesukarelawan ini.

Matlamat program ini adalah untuk memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia malaysia melalui penglibatan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, kemanusiaan dan pembangunan komuniti malah membangunkan sahsiah dan kepimpinan belia melalui latihan, pendedahan dan pengalaman langsung dalam program khidmat masyarakat.

Program tersebut telah dihadiri oleh Encik Wan Mohd Erffan Bin Wan Mohd Nasir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat. Turut hadir ke program tersebut ialah Haji Mohd Nazeli Bin Mohd Nawi, Pengetua SMK Kampung Laut, Encik Azrul Rizhan Bin Abd Rahman, Ketua Bahagian Teknologi Automotic Adtec JTM Kampung Kota Bharu dan Wan Afiq Amirul selaku wakil Syarikat Duo Sport (M) Sdn Bhd sebagai rakan strategik program ini. Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat mengucapkan syabas dan terima kasih kepada anak muda yang telah menyertai program tersebut.

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal PBSD Tumpat
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search