Pertandingan Dart Program 1000 Liga Peringkat Daerah Jeli Dapat Sambutan Hangat Komunti Setempat

JELI, 21 Julai 2025- Pertandingan Dart 1000 Liga Peringkat Daerah Jeli telah berlangsung pada 18 Julai 2025,bertempat di Pesisiran Sungai Pergau, Kg Jerimbong Jeli, bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada 5.30 petang melibatkan penyertaan seramai 80 orang peserta.

Penganjuran secara bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli, Persatuan Belia Semangat Muda Bukit Jering ini adalah bertujuan menggalakan masyarakat untuk bergiat aktif dan cergas dengan terlibat dalam aktiviti sukan serta menjadikan sukan sebagai satu gaya hidup sihat dan amalan rutin harian.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YABrs En Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir ialah YBrs Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli,YBrs En Mohd Firdaus bin Ibrahim, Pengerusi Majlis Belia Jajahan Jeli, YBrs Puan Noor Farhan binti Jusoh, Pengerusi Persatuan Belia Semangat Muda Bukit Jering Pengerusi KRT Bukit Jering, Ketua Kg Bukit Jering dan Mantan Pengerusi MBD Jeli.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 22:58:10

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search