- JBS Kelantan
- Hits: 49
Pesta Sukan Antara Yayasan Se-Malaysia (PESAYA) Ke-15 Telah Menggegarkan Suasana Di KOMBES Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 49
KELANTAN, 22 JULAI 2025 – Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) telah menjadi tuan rumah bagi Pesta Sukan Antara Yayasan Se-Malaysia (PESAYA) Ke-15 dan telah menggegarkan suasana di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Kejohanan tersebut telah melibatkan 11 buah negeri dan seramai 600 orang peserta keseluruhannya. Kejohanan tersebut telah berlangsung pada 12 hingga 18 Julai 2025 yang bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Pelbagai aktiviti yang telah dipertandingkan sepanjang kejohanan dijalankan antaranya ialah badminton, karom, dart, ping pong, e-sport, bola jaring, bola tampar, dan futsal.
Kejohanan ini merupakan inisiatif Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) dalam mempromosikan aktiviti pembudayaan gaya hidup cergas selari dengan hasrat untuk pembudayaan semangat bersukan dan meningkatkan gaya hidup sihat di kalangan pekerja untuk menyahut kempen gaya hidup sihat cergas dan aktif kearah menjadikan Malaysia sebagai Negara bersukan.
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan sentiasa mengalu-alukan pelaksanaan program dari setiap agensi sama ada dari agensi kerajaan, swasta, persatuan, kelab, mahupun perseorangan bagi pelaksanaan aktiviti sukan, kecergasan, pertandingan dan kejohanan di Kombes Kelantan. Sebarang tempahan penggunaan kemudahan fasiliti di KOMBES Negeri Kelantan boleh layari laman web stf.kbs.gov.my
.
#TEAMJBSNK
#KOMBESKELANTAN
#MalaysiaMADANI