- JBS Kelantan
- Hits: 118
KUNJUNGAN HORMAT KE IPD MACHANG BAGI MENJAYAKAN SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH MACHANG 2024
MACHANG, 23 April 2024 – Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, Pn Siti Azura binti Abdullah bersama-sama dua orang pegawai di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pegawai Polis Daerah Machang yang baharu, YDH Supt Ahmad Shafiki bin Hussin pada 23 April 2024 bertempat di IPD Machang.
Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan ini ialah cadangan berhubung pemilihan IPD Machang sebagai venue penganjuran Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Machang yang akan berlangsung serentak di seluruh negara pada tanggal 15 Mei 2024 kelak. Tuan YDH Supt mewakili pihak IPD Machang telah menyambut baik cadangan penganjuran dan bersedia untuk memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
- JBS Kelantan
- Hits: 118
