Aktiviti Merai Ikan Meriahkan Program Dart 1000 Liga Peringkat Daerah Jeli Di Bukit Jering

Jeli, 19 Julai 2025 – Sungai Pergau di bawah Jambatan Bukit Jering menjadi tumpuan penduduk tempatan apabila aktiviti tradisional "Merai Ikan" dianjurkan sempena Pertandingan Dart 1000 Liga Peringkat Daerah Jeli. Program ini bukan sahaja mengangkat warisan budaya setempat, malah mengeratkan hubungan antara komuniti melalui penglibatan aktif semua lapisan masyarakat.

Lebih istimewa, kehadiran YBrs. En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta Pn. Hazmanita Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli, turut memeriahkan suasana. Mereka berdua tidak melepaskan peluang untuk menyertai sendiri aktiviti "merai ikan", sekali gus memberi suntikan semangat kepada peserta dan penduduk setempat.

Penganjuran program ini adalah hasil kerjasama erat antara KRT Bukit Jering dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli, yang terus komited memperkasakan belia dan mengangkat warisan budaya sebagai elemen perpaduan serta pencegahan sosial dalam komuniti.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search