- JBS Kelantan
- Hits: 44
Courtesy Call Ke Atas Ketua Jajahan Kuala Krai
- JBS Kelantan
- Hits: 44
KUALA KRAI, 19 JULAI 2025 – Satu Courtesy Call telah diadakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kuala Krai yang di ketuai oleh Puan Rosnani binti Hj. Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai ke atas Ketua Jajahan Kuala Krai, YBrs. Encik Mohd Shaifudeen bin Md Salleh di pejabatnya pada 17 Julai 2025, Khamis lalu.
Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan pelbagai inisiatif pembangunan belia di jajahan Kuala Krai merangkumi aspek infrastruktur, sosial dan ekonomi. Turut disentuh dalam sesi pertemuan tersebut ialah pelaksanaan program-program strategik seperti Hari Sukan Negara (HSN), Program Sukan Komuniti Luar Bandar Peringkat Negeri Kelantan, dan beberapa aktiviti lain di bawah Bahagian Pembangunan Belia dan Rakan Muda.
Selain itu, sesi ini turut memberi ruang kepada pihak PBSD Kuala Krai untuk mengemukakan cadangan dan kerjasama rentas agensi dalam memperkasa potensi belia luar bandar agar selari dengan Dasar Belia Malaysia.
Courtesy Call ini juga membuka lembaran baharu kerjasama erat antara pentadbiran jajahan dan agensi belia tempatan dalam memperkukuh ekosistem pembangunan belia secara holistik.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai