Perhimpunan Bulanan JBS Negeri Kelantan Bil.4/2025 Kukuhkan Semangat Kerja Berpasukan

Kota Bharu, 20 Julai 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil. 4/2025 yang menghimpunkan seluruh pegawai dan kakitangannya dalam satu sesi amanat dan perkongsian maklumat bertempat di Dewan Malaysia JBSNK.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni ini bertujuan untuk menyuntik semangat kerja berpasukan, menyampaikan maklumat terkini jabatan serta mengiktiraf pencapaian dan sumbangan warga kerja. Perhimpunan bulanan ini turut menjadi platform penting dalam memperkukuh komunikasi dua hala antara pengurusan tertinggi dan warga jabatan.

YBrs. Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah JBSNK dalam ucapan amanatnya, turut menekankan kepentingan integriti, kerjasama serta semangat MADANI dalam melaksanakan setiap tugasan dengan cemerlang demi manfaat masyarakat setempat.

Program diakhiri dengan sesi penyampaian penghargaan kepada warga kerja cemerlang dan Majlis Lambaian Kasih kepada pegawai bertukar kerana kenaikan pangkat serta pengumuman program-program akan datang anjuran JBS Negeri Kelantan. Turut diadakan Taklimat dari Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Kelantan. Hadir sama YBrs Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah JBSNK dan YBrs Encik Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Rakan Muda JBSNK

Disediakan Oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search