Kunjungan Hormat Ke Atas Ketua Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah

Tanah Merah, 14 Julai 2025 – Pada 13 Julai 2025, satu kunjungan hormat telah diadakan di Pejabat Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tanah Merah yang diketuai oleh Encik Wan Abd Rahman Bin Hj Wan Ismail, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah. Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan penyertaan dalam Program Kem Belia yang dirancang berlangsung pada 19 hingga 21 Ogos 2025 bertempat di PCB Beach Resort.

Program tersebut dijangka melibatkan penyertaan seramai 50 pelajar berumur antara 13 hingga 16 tahun. Dalam pertemuan tersebut, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Encik Mohd Zaidi Mohd Zin, telah memberikan sokongan penuh terhadap pelaksanaan program ini sebagai usaha memperkasa pembangunan belia di daerah Tanah Merah.

Turut hadir dalam kunjungan hormat ini ialah En Ismafardi Bin Ismail dan En Ahmad Ridhwan Bin Zazani. Kunjungan ini diharap dapat memperkukuhkan kerjasama antara Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Belia dan Sukan dalam menjayakan program-program pembangunan belia di masa hadapan.

Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search