- JBS Kelantan
- Hits: 42
Rakan Mahir : Skills For Life Cungkil Potensi Belia Wanita Kuala Krai
- JBS Kelantan
- Hits: 42
KUALA KRAI, 19 JULAI 2025 – Program Rakan Mahir: Skills For Life @Daerah Kuala Krai 2025 (Sentuhan Diri: Jom Belajar Solekan Asas) telah berjaya dilaksanakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Bandar Kuala Krai (KRAMB2K) dan Kelab Beliawanis Halwanis Kuala Krai.
Program ini menghimpunkan seramai 35 orang peserta wanita berumur antara 15 hingga 35 tahun di Darul Nisywah (PPWK) Mengkebang. Program ini bertujuan memberi pendedahan asas dalam bidang solekan serta penjagaan imej diri harian. Menariknya, sesi latihan dikendalikan oleh Puan Nor Asmah binti Ab Manaf, Juru Solek Bertauliah dari Asmah D’Touch, yang berkongsi teknik asas solekan yang mudah, selamat dan sesuai diaplikasikan dalam kehidupan harian mahupun secara profesional.
Program Rakan Mahir: Skills For Life @Daerah dilaksanakan bagi membantu belia mempersiapkan diri dalam mendepani cabaran peningkatan kos sara hidup dan seterusnya menyumbang ke arah kesejahteraan sosial dan ekonomi secara tidak langsung. Ia juga membuka peluang kepada belia untuk menguasai kemahiran asas yang berpotensi dijadikan sumber pendapatan.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Puan Ronani binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Dasar Belia Malaysia (DBM) dan nilai di bawah Program Rakan Muda: Rakan Mahir, yang menekankan pembangunan holistik belia ke arah menjadi agen perubahan masyarakat.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai