- JBS Kelantan
- Hits: 41
Malaysia Aktif@Community Meriahkan Sambutan Maal Hijrah & Hari Keluarga di Masjid Al-Mustaqim Mukim Alor Pasir
- JBS Kelantan
- Hits: 41
Tanah Merah, 21 Julai 2025 – Program Malaysia Aktif@Community bagi siri kali ini telah berlangsung dengan penuh kemeriahan di Masjid Al-Mustaqim, Mukim Alor Pasir, bersempena Sambutan Maal Hijrah dan Hari Keluarga Mukim Alor Pasir pada 19 Julai 2025 ( Sabtu )
Majlis yang dihadiri lebih 500 penduduk setempat itu dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik serta aktiviti kekeluargaan dan keagamaan. Sebanyak 17 acara sukaneka dipertandingkan, antaranya penalty Shoot Veteran, Netball Shoot, serta pertandingan mewarna kanak-kanak, dan pelbagai lagi acara menarik berjaya menarik penyertaan segenap lapisan masyarakat, sekali gus mengeratkan ukhuwah sesama penduduk.
YBhg. Datuk Wan Rakemi Wan Zahari, Pengerusi Yayasan Mahsari Group, hadir merasmikan program dan turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program komuniti ini. Turut serta, Encik Wan Abdul Rahman Bin Hj Wan Ismail, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah, yang meluangkan masa bersama komuniti sempena sambutan ini.
Penganjuran program ini membuktikan semangat perpaduan dan kerjasama erat antara agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan komuniti setempat dalam usaha membentuk masyarakat penyayang dan aktif. Pihak penganjur merancang untuk meneruskan program seumpama ini secara berterusan demi menyuburkan perpaduan dan nilai kekeluargaan dalam kalangan komuniti Mukim Alor Pasir.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah