- JBS Kelantan
- Hits: 55
Program Malaysia Aktif@Community Siri 6 Peringkat Daerah Tanah Merah Berlangsung Meriah
- JBS Kelantan
- Hits: 55
Tanah Merah, 14 Julai 2025 – Program Malaysia Aktif@Community Siri 6 peringkat Daerah Tanah Merah telah berlangsung dengan penuh meriah melalui sesi senamrobik yang diadakan pada 13 Julai 2025 (Ahad) bermula jam 8.00 malam bertempat di FL Fitness. Program ini berjaya mengumpulkan penyertaan seramai 80 orang peserta daripada pelbagai kaum, menunjukkan semangat perpaduan dan kesedaran terhadap gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti setempat.
Aktiviti senamrobik yang dipimpin oleh tenaga pengajar bertauliah ini mendapat sambutan hangat daripada peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang. Program ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Tanah Merah mengamalkan aktiviti fizikal secara konsisten demi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri. Program ini membuktikan komitmen masyarakat dalam menjayakan inisiatif kerajaan untuk membina komuniti yang aktif dan sihat. Beliau turut mengajak orang ramai untuk terus menyertai program-program seumpama ini pada masa akan datang.
Program Malaysia Aktif@Community Siri 6 ini diharap dapat menjadi platform berterusan untuk memupuk budaya hidup aktif dan menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan penduduk Tanah Merah.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah