KUALA KRAI, 11 MAC 2024 – Telah berlangsung Mesyurat Agung Tahunan Majlis Belia Jajahan Kuala Krai (MBJKK) 2024 bertempat di Dago Cafe, Kuala Krai. Mesyuarat bermula pada jam 3.00 petang dengan kehadiran seramai 67 orang ahli dan Badan Gabungan termasuk Gerakan Belia 4B (M) Kawasan, Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia Daerah, Pergerakan Puteri Islam dan Persekutuan Pengakap.
Mesyuarat Agung MBJKK Tahun 2024 telah dirasmikan oleh Saudara Mohd Syahiran bin Muhammad, Pengerusi Majlis Gabungan Belia Kelantan. Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada barisan jawatankuasa yang dipilih bagi menerajui gelombang baru belia Kuala Krai dan juga menyeru agar anjakan paradigma Majlis belia Jajahan Kuala Krai terus cemerlang serta menjadi ikutan golongan muda khususnya dalam Daerah Kuala Krai.
Puan Rosnani binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai dan Encik Muhammad Helme Fiadi bin Hairani, Pembantu Belia dan Sukan (Belia) Daerah Kuala Krai turut hadir bersama dalam Mesyuarat Agong MBJKK pada kali ini.
Disediakan Oleh: Urusetia Berita Portal PBSD Kuala Krai
- JBS Kelantan
- Hits: 113
