Rakan Muzik : Dikir Barat Daerah Jeli Siri 3 Pamerkan Persembahan Mantap

JELI, 2 Julai 2025 – Program Rakan Muda Muzik : Dikir Barat Peringkat Daerah Jeli Siri 3 Tahun 2025 yang diwakili oleh Pasukan Dikir Barat Rakan Muda, Kg Kalai, telah selesai mengadakan persembahan sempena Program Bamess Hemko Fest ’25 di Dewan Sekolah Menengah Batu Melintang Jeli pada 29 Jun 2025.Di antara objektif dan matlamat program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan minat belia terhadap seni dan budaya tempatan.

Program sebanyak 3 siri ini mensasarkan penyertaan kepada belia berumur 13 hingga 30 tahun. Pelaksanaan program adalah lebih kepada sesi pembelajaran dan perkongsian ilmu dan juga dilaksanakan secara pratikal melalui latihan berbentuk kelas atau bengkel. Di akhir siri (siri 3) peserta perlu membuat persembahan kepada umun dalam majlis dan menyertai pertandingan di peringkat negeri yang akan di laksanakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Majlis Perasmian Penutup Program tersebut telah disempurnakan oleh YBrs En. Iskandar bin Mohd Nasir, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Melintang. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada peserta kerana dikir barat merupakan warisan seni yang tidak asing lagi khususnya di Negeri Kelantan. Diharapkan program Rakan Muda Muzik ini bukan sahaja dapat menyumbang kepada pemeliharaan warisan budaya tetapi juga memperkayakan diri anak muda dengan pelbagai kemahiran dan pengalaman yang berharga.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search