- JBS Kelantan
- Hits: 42
Rakan Mahir: Skill For Life @ Daerah Jeli Lahirkan Belia Mahir
- JBS Kelantan
- Hits: 42
JELI, 13 Julai 2025- Program Rakan Mahir: Skill For Life @ Daerah Jeli tahun 2025 telah dilaksanakan pada 12 Julai 2025 bertempat di Pejabat Ahli Parlimen Jeli, Bukit Bunga dengan kehadiran seramai dengan pengilbatan 19 orang peserta.Program ini diadakan dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli, Pejabat Ahli Parlimen Jeli, AADK Jeli dan Murah Sokmo Enterprise/Giat Mara Pasir Mas.
Di antara objektif dan matlamat program adalah untuk memberi akses kepada belia dan komuniti setempat mengikuti latihan kemahiran asas yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian, memberi pededahan dan peluang kepada belia setempat meneroka pelbagai bidang kemahiran dan perkhidmatan baharu serta membantu mengurangkan kos sara hidup yang melibatkan perbelanjaan seperti kos perkhidmatan dan sebagainya. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Jeli.
Pengisian program ini adalah dengan mengadakan Bengkel Asas Penyelenggaraan dan Servis Motorsikal secara teori dan amali yang telah dikendalikan oleh En. Mohamad Khairul Fadzleeni bin Ramli tenaga pengajar dari Pusat Giat MARA Pasir Mas. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB. En. Zahari bin Kechik, Ahli Parlimen Jeli. Turut hadir ialah YBrs. Puan Hazmanita binti Che Hamid selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli dan YBrs. En Umar Azri bin Lukman, Pegawai AADK Daerah Jeli.
Adalah menjadi harapan program yang seumpama ini diadakan ini dapat diteruskan untuk masa-masa akan datang demi menyebarluaskan pelbagai bentuk kemahiran dan memberi menafaat kepada belia-belia tempatan.
Disediakan Oleh : Urus Setia Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.