- JBS Kelantan
- Hits: 43
Malaysia Aktif@Komuniti Peringkat Daerah Jeli Siri 2 Dapat Perhatian Ahli Parlimen Jeli
- JBS Kelantan
- Hits: 43
JELI, 13 Julai 2025- Program Malaysia Aktif @Komuniti Peringkat Daerah siri 2 telah berlangsung pada 10 Julai 2025,bertempat di Dewan KRT Kg. Ayer Lanas, Jeli. Aktiviti Senamrobik bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada 10.30 pagi melibatkan penyertaan seramai 76 orang peserta.
Penganjuran secara bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli dan Kelab Kecergasan Darling Ayer Lanas ini adalah bertujuan untuk memupuk masyarakat yang sentiasa sihat dan mengamalkan gaya hidup cergas dengan pendekatan tanpa mengira batasan kaum, agama, umur dan pekerjaan.
Yang Berhormat En. Zahari bin Kechik, Ahli Parlimen Jeli, yang berkesempatan hadir pada Program tersebut telah memberikan kata-kata semangat dan saranan supaya program yang sangat berfaedah ini dapat diteruskan dari masa ke semasa. Turut hadir ialah YBrs Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli dan Puan Zanariah @ Norlida binti Deraman, Pengerusi Kelab Kecergasan Darling Ayer Lanas.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli