Rakan Mahir : Skill For Life@Bengkel Cream Puff Tarik Minat Belia

JELI 6 JULAI 2025- Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli dengan kerjasama Persatuan Belia Gemilang Kampung Bukit Tok Ali telah menganjurkan Program Rakan Mahir: Bengkel Cream Puff pada 5 Julai 2025 bertempat Dewan Serbaguna Kg Bukit Tok Ali dengan penglibatan seramai 23 orang peserta.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran asas menerusi kursus jangka pendek kepada golongan belia dan komuniti setempat. Inisiatif dan hala tuju program berkenaan merupakan kemahiran berbentuk Do-it-Yourself (DIY) iaitu kemahiran untuk menangani kos sara hidup.

Objektif program ini adalah untuk memberi akses kepada golongan belia dan komuniti setempat mengikuti latihan kemahiran asas yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian, memberi pendedahan dan peluang kepada belia setempat meneroka pelbagai bidang kemahiran dan perkhidmatan baharu dan membantu mengurangkan kos sara hidup yang melibatkan perbelanjaan seperti kos perkhidmatan dan sebagainya.

Turut hadir dalam program ini ialah Encik Mohd Zaidi bin A Mohidu, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Jeli. Adalah menjadi harapan semoga program sangat bermanfaat ini dapat diteruskan lagi dari masa ke semasa.

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search