Malaysia Aktif@Komuniti Peringkat Daerah Jeli Siri 1

JELI, 6 Julai 2025- Program Malaysia Aktif @Komuniti Peringkat Daerah siri 1 telah berlangsung pada 5 Julai 2025,bertempat di Pesisiran Sungai Kg Kuala Balah Jeli. Aktiviti Senamrobik telah dimulakan pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada 10.30 pagi melibatkan penyertaan seramai 53 orang peserta.

Penganjuran secara bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli dan Kelab Aerobik Bukit Jering ini adalah bertujuan untuk memupuk masyarakat yang sentiasa sihat dan mengamalkan gaya hidup cergas dengan pendekatan tanpa mengira batasan kaum, agama, umur dan pekerjaan.

Turut hadir ke program tersebut ialah En. Mohamad bin Daud, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Jeli mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli dan Puan Siti Nurhanani binti Hussin, Pengerusi Kelab Aerobik Bukit Jering.

Semoga program yang sangat bermenafaat ini akan dapat diteruskan lagi di masa akan yang akan datang.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search