- JBS Kelantan
- Hits: 35
Rogram Rakan Mahir: Skills For Life@Daerah Jeli Jadi Tumpuan
- JBS Kelantan
- Hits: 35
JELI, 1 Julai 2025- Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli dengan kerjasama Kem 2RS Batu Melintang dan Institut Kemahiran Belia Negara Tanah Merah telah menganjurkan Program Skills For Life @ Daerah Jeli (Jahitan Napkin) pada 27 Jun 2025 bertempat di Kem 2RS Batu Melintang dengan penglibatan seramai 18 orang peserta.
Program ini adalah bertujuan untuk peluang kemahiran asas menerusi kursus jangka pendek kepada golongan belia dan komuniti setempat. Inisiatif dan hala tuju program berkenaan merupakan kemahiran berbentuk Do-it-Yourself (DIY) iaitu kemahiran untuk menangani kos sara hidup.
Objektif program ini adalah untuk memberi ekses kepada golongan belia dan komuniti setempat mengikuti latihan kemahiran asas yang boleh dimenafaatkan dalam kehidupan seharian, memberi pendedahan dan peluang kepada belia setempat meneroka pelbagai bidang kemahiran dan perkhidmatan baharu dan membantu mengurangkan kos sara hidup yang melibatkan perbelanjaan seperti kos perkhidmatan dan sebagainya.
Perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Ybrs. Puan Nor Zainizal binti Zainuddin, Pengerusi Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) Batalion ke 2 Rejimen Sempadan, turut hadir YBrs Puan Hazmanita binti Che Hamid selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli. Adalah menjadi harapan semoga program sangat bermanfaat ini dapat diteruskan lagi dari masa ke semasa.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.