Aktiviti Gotong-Royong Memasak Menu Nasi Arab Mandy & Sup Kambing Semarakkan Perhimpunan Bulanan JBSN Kelantan 2025

KOTA BHARU, 20 Julai 2025 – Suasana penuh semangat kekeluargaan dan kerjasama jelas terpancar dalam kalangan warga kerja Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan apabila satu aktiviti gotong-royong memasak telah diadakan sempena Perhimpunan Bulanan JBSNK Bil. 4/2025.

Aktiviti ini diketuai oleh YBrs En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, yang turut sama turun padang bersama semua pegawai dan kakitangan dari seluruh daerah. Menu utama ialah Nasi Arab Mandy dan Sup Kambing yang disediakan secara bergotong-royong bermula seawal jam 8.00 pagi.

Program ini bertujuan memupuk semangat kerjasama serta mengukuhkan hubungan silaturrahim antara warga jabatan. Ia turut menjadi medan interaksi santai antara barisan kepimpinan dan kakitangan pelbagai peringkat, di samping mengangkat nilai murni seperti keprihatinan, kebersamaan dan budaya kerja berpasukan.

Aktiviti ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kekitaan, tetapi juga membantu mewujudkan suasana kerja yang lebih harmoni dan produktif. Selain itu, ianya sebagai sebahagian daripada usaha berterusan JBSNK memperkukuh semangat kerja berpasukan dan penghayatan budaya organisasi yang positif. Selesai sesi gotong-royong, semua menikmati juadah yang dimasak bersama.

Disediakan oleh : Urus Setia Media JBSNK

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search