- JBS Kelantan
- Hits: 56
Pendedahan Tentang Ternakan Kelulut Potensi Jana Ekonomi Golongan Belia
- JBS Kelantan
- Hits: 56
KELANTAN, 21JULAI 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah melaksanakan Program Agrobelia Lestari Latihan Berkemahiran bagi Penternakan Lebah Kelulut Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025 bermula 14 hingga 15 Julai 2025 bertempat di Min House Camp, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan yang melibatkan empat puluh orang belia dari seluruh negeri Kelantan.
Objektif pelaksanaan program ini adalah membantu golongan belia di kawasan bandar dan luar bandar dengan memberi pendedahan berkaitan inisiatif pemerkasaan ekonomi belia, membantu golongan ini mempromosi dan mengembangkan perusahaan produk pertanian serta menyerlahkan potensi perkumpulan belia melalui bidang latihan kemahiran penternakan lebah kelulut.
Para peserta mendapat pendedahan dari usahawan agrotani yang telah mengusahakan kelulut lebih 15 tahun, Puan Wan Noriah binti Wan Ramli dan pakar-pakar yang terlibat dalam industiri ternakan lebah kelulut seperti Prof. Madya Dr Mahaneem Mohamed, En Zakaria bin Husin dan Dr. Mohd Zulkifli bin Mustafa.
Program ini turut mendapat kerjasama daripada Darulnaim Entreprenur Of Stingless Bee Society (DRONEES) dan Advance National Honey Landmark (An-NaHL), Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Peserta juga mendapat informasi lengkap dari En Mawardi bin Mahusin, Pegawai Pertanian Jajahan Kota Bharu, Jabatan Pertanian Negeri Kelantan berkaitan Dana dan Geran untuk Usahawan Agro.
Majlis Penutup Program Agrobelia Lestari Latihan Berkemahiran (Penternakan Lebah Kelulut) telah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir, En. Mohd Saibi bin Ibrahim, Penolong Pengarah, Cawangan Pembangunan Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Belia, JBSNK