- JBS Kelantan
- Hits: 57
Perbincangan Program Kem Belia Daerah Tumpat Bersama PPD Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 57
TUMPAT, 21 JULAI 2025 - Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat telah hadir ke Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat pada 2 Julai 2025 bagi perbincangan Program Kem Belia Peringkat Daerah Tumpat yang akan diadakan pada 18 hingga 20 Ogos 2025 bertempat di Permai Beach Resort, Bachok.
Perbincangan adalah meliputi pelaksanaan program, penetapan tarikh dan pemilihan peserta yang akan menyertai program tersebut. Program ini melibatkan 50 orang peserta yang berumur 13 hingga 16 tahun terlibat dengan masalah sosial dan mempunyai masalah disiplin.
Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat yang diwakili oleh YABrs. Encik Rozeman bin Din, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat dan Haji Zulkifli bin Mat Ail, Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat menyambut baik kerjasama program tersebut bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat.
Menerusi program ini diharapkan kerjasama strategik dapat memberi impak yang berkesan dan potensi pembangunan belia dapat dicapai.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal PBSD Tumpat