Pertandingan Ping Pong Program 1000 Liga Peringkat Daerah Jeli Berlangsung Sengit

JELI, 21 Julai 2025- Pertandingan Ping Pong Program 1000 Liga Peringkat Daerah Jeli telah berlangsung pada 19 Julai 2025,bertempat di Dewan Penggawa Batu Melintang Jeli, bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada 4.30 petang melibatkan penyertaan seramai 50 orang peserta.

Penganjuran secara bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli dan Kelab Ping Pong Rebbana Jeli ini adalah bertujuan menggalakan masyarakat untuk bergiat aktif dan cergas dengan terlibat dalam aktiviti sukan serta menjadikan sukan sebagai satu gaya hidup sihat dan amalan rutin harian.

YABrs En Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan berkesempatan hadir memantau program berkenaan, turut hadir YBrs Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli dan YBrs Nur Fadhlira binti Dungun, Pegawai Pemantau Bahagian Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs En Mohamad bin Daud, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Jeli.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
 
 
 
 
 
 
 
 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search