Program Malaysia Aktif @ Komuniti Daerah Tumpat Siri 3/2025

TUMPAT, 21 JULAI 2025 - Program Malaysia Aktif @ Komuniti Daerah Tumpat Siri 3 telah berlangsung pada 16 Julai 2025 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut. Aktiviti senamrobik telah dilaksanakan bagi mengisi slot tersebut bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 9.00 pagi. Seramai 380 orang peserta telah menyertai program ini.

Program Malaysia Aktif @ Komuniti adalah bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia melalui aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi dengan memupuk kesetiaan masyarakat kepada negara dengan pendekatan menyantuni masyarakat secara inklusif tanpa mengira batasan kaum, agama, umur dan jantina.

Semoga pelaksanaan program ini dapat memastikan kecergasan dan kesihatan kepada minda dan fizikal peserta dengan lebih baik dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat. Hadir sama ialah pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat.

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search