- JBS Kelantan
- Hits: 41
Program Rakan Muzik Seni Budaya Daerah Jeli Tonjol Bakat Baru Dalam Dikir Barat
- JBS Kelantan
- Hits: 41
JELI, 21 Julai 2025 – Program Rakan Muzik Seni Budaya Peringkat Daerah Jeli telah dilaksanakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli dengan kerjasama Majlis Belia Jajahan Jeli dan Persatuan Belia Semangat Muda Bukit Jering pada 18 Julai 2025 yang melibatkan dua pasukan Dikir Barat iaitu Pasukan Seni Warisan Persatuan Belia Semangat Muda Bukit Jering dan Pasukan Rakan Muda Kg Bukit Tok Ali bertempat di Padang Awam Kg Bukit Jering, Kuala Balah bermula dari jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 12.00 malam.
Objektif program ini adalah untuk mengekalkan aktiviti seni sebagai warisan bangsa di kalangan belia dan beliawanis, memupuk keharmonian dan perpaduan di kalangan komuniti setempat di samping mencungkil bakat baru dalam bidang seni budaya.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YABrs. En Mohd Saipuddin bin Zakaria, pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Turut hadir YBrs Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli.
Program ini telah mendapat sokongan dan sambutan yang sangat baik oleh komuniti setempat dengan keluar beramai-ramai untuk menyaksikan persembahan yang disajikan.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.