Rakan Mahir : Bengkel Bento Cake Skill For Life@ Daerah Jeli Siri 4 Di MRSM Jeli

JELI 21 JULAI 2025- Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli dengan kerjasama MRSM Jeli dan Bymira Amira Enterprise telah menganjurkan Program Rakan Mahir: Skill For Life, Bengkel Bento Cake pada 19 Julai 2025 bertempat MRSM Jeli, dengan penglibatan seramai 22 orang peserta.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran asas menerusi kursus jangka pendek kepada golongan belia dan komuniti setempat. Inisiatif dan hala tuju program berkenaan merupakan kemahiran berbentuk Do-it-Yourself (DIY) iaitu kemahiran untuk menangani kos sara hidup.

Objektif program ini adalah untuk memberi ekses kepada golongan belia dan komuniti setempat mengikuti latihan kemahiran asas yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian, memberi pendedahan dan peluang kepada belia setempat meneroka pelbagai bidang kemahiran dan perkhidmatan baharu dan membantu mengurangkan kos sara hidup yang melibatkan perbelanjaan seperti kos perkhidmatan dan sebagainya.

YABrs. En Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan berkesempatan hadir memantau program berkenaan, turut hadir YBrs Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli.

Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YBrs En. Mohd Syuhari bin Md Isa, Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat MRSM Jeli.

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search