- JBS Kelantan
- Hits: 59
PROGRAM MACHE NATURE CAMP 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 59
MACHANG, 20 JULAI 2025 – Seramai 30 orang belia dari sekitar Daerah Machang telah menyertai Program Mache Nature Camp 2025 yang berlangsung selama dua hari pada 18 hingga 19 Julai 2025 bertempat di Twin Mutiara Chalet, Machang.
Program ini merupakan anjuran Kelab Belia Bandar Machang dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang, bertujuan membina jati diri belia melalui pendekatan penghayatan alam semula jadi, kepimpinan, dan aktiviti berasaskan komuniti.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang. Turut hadir bagi memeriahkan program ialah dua orang staf PBSD Machang yang turut terlibat dalam pelaksanaan aktiviti kem sepanjang program.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang