PROGRAM RAKAN BUMI: PLOGGING KOMUNITI PERINGKAT DAERAH MACHANG SIRI 2/2025

MACHANG, 22 JULAI 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang dengan kerjasama Kelab Belia Bandar Machang telah mengadakan Program Rakan Bumi: Plogging Komuniti Peringkat Daerah Machang Siri 2/2025 pada 18 Julai 2025 bertempat di Kampung Belukar, Machang.

Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada belia-belia Daerah Machang telah menyertai program ini. Antara aktiviti yang dijalankan pada program tersebut ialah berjalan sambil mengutip sampah di sepanjang tebing Sungai Sawa dan aktiviti sukaneka.

Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang telah hadir bersama-sama 2 orang pegawai Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang merasmikan program ini.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search