25 Mei 2024 (Sabtu) - Telah Berlangsung Kejohanan Taekwondo Tul and Matsogi Competition pada 18 Mei 2024 (Sabtu) bertempat di AEON MALL Kota Bharu. Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Taekwondo Millennium Club dengan Kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan AEON MALL Kota Bharu. Kejohanan selama sehari ini melibatkan seramai 130 orang peserta dari Kategori umur 5 tahun hingga 24 tahun.
Majlis perasmian Kejohanan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Zamakhshari bin Muhamad, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan. Turut hadir bersama Encik Mhd Sulayman bin Subrun Pegawai Pembangunan Sukan Rekreasi, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta Encik Afnan bin Mohd Yusof, Mall Manager, AEON MALL Kota Bharu.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSNK
+2
- JBS Kelantan
- Hits: 133
