PROGRAM RAKAN MUDA PLOGGING KOMUNITI GUA MUSANG 2025 GALAKKAN GAYA HIDUP SIHAT DAN PENJAGAAN ALAM SEKITAR

GUA MUSANG – Seramai 41 orang peserta telah menyertai Program Rakan Muda Plogging Komuniti Peringkat Daerah Gua Musang Tahun 2025 yang telah diadakan di Taman Tasik Gua Musang baru-baru ini.

Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang dengan objektif untuk menggalakkan amalan memelihara alam sekitar serta meningkatkan tahap kesihatan komuniti melalui pendekatan aktiviti fizikal seperti plogging – iaitu gabungan aktiviti berjoging sambil mengutip sampah.

Para peserta terdiri daripada golongan belia dan komuniti setempat yang hadir dengan semangat kesukarelawanan serta kesedaran tinggi terhadap kebersihan alam sekitar.

Menerusi penganjuran program ini, diharap usaha kerajaan dalam membudayakan rakyat Malaysia dengan budaya cara hidup cergas dan sihat, serta mengintegrasikan nilai-nilai murni seperti semangat patriotisme, perpaduan, kerjasama dan toleransi dapat direalisasikan, di samping memelihara alam sekitar.

Turut hadir memeriahkan program ini ialah Encik Muhammad Norfikri bin Norzaki, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang serta Encik Muhammad Helme Fiadi bin Hairani, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Gua Musang.

Program seumpama ini akan diteruskan secara berterusan bagi memperkukuh penglibatan belia dalam inisiatif kesukarelawanan, menyemai nilai sivik, serta memperkasakan komuniti yang sihat dan bertanggungjawab terhadap kelestarian alam.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search