- JBS Kelantan
- Hits: 24
KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI BELIA DAN SUKAN DAERAH PASIR MAS KE PEJABAT KETUA JAJAHAN
- JBS Kelantan
- Hits: 24
Pasir Mas, 7 Ogos 2025 – Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas yang baharu, En. Mazlan bin Mohd Ariffin, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Jajahan Pasir Mas, Tuan Haji Shamsul bin Abu Bakar, bertempat di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas.
Kunjungan ini berlangsung susulan pelaporan diri En. Mazlan pada 3 Ogos 2025 di Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pasir Mas. Dalam pertemuan tersebut, pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk perancangan program belia, sukan dan rakan muda serta pembangunan fasiliti sukan di daerah Pasir Mas.
Tuan Haji Shamsul menyambut baik kehadiran pegawai baharu tersebut dan menzahirkan harapan agar kerjasama erat yang telah terjalin sebelum ini dapat diteruskan demi manfaat golongan belia dan pembangunan komuniti setempat.
Disediakan Oleh: Urus setia Portal PBSD Pasir Mas