- JBS Kelantan
- Hits: 22
PROGRAM RAKAN MUDA – RAKAN MAHIR: SKILLS FOR LIFE PERINGKAT DAERAH GUA MUSANG 2025 (SIRI 3 – AI BERSAMA RAKAN MUDA)
- JBS Kelantan
- Hits: 22
GUA MUSANG, 4 OGOS 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang dengan kerjasama inisiatif Rakan Muda telah menganjurkan Program Rakan Muda – Rakan Mahir: Skills For Life Siri 3, bertemakan “AI Bersama Rakan Muda”, bertempat di NADI Taman Kesedar Jaya, 18300 Gua Musang, Kelantan.
Program ini memberi tumpuan kepada pemerkasaan belia dalam bidang teknologi dan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence – AI), selari dengan keperluan semasa Revolusi Industri 4.0 dan aspirasi digital negara. Seramai 28 orang peserta belia tempatan telah menyertai program ini yang terdiri daripada golongan lepasan sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, serta belia aktif komuniti setempat.
Sepanjang program ini berlangsung, para peserta didedahkan dengan asas konsep dan penggunaan teknologi AI dalam kehidupan harian serta kerjaya masa depan. Mereka turut diberi peluang untuk mengikuti bengkel dan demonstrasi yang menampilkan penggunaan platform AI dalam bidang kreatif dan produktiviti. Program ini turut merangkumi sesi perkongsian ilmu dan inspirasi daripada penceramah jemputan yang berpengalaman dalam bidang teknologi digital.
Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Encik Shahabuddin bin Haji Deraman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan penguasaan teknologi dalam kalangan belia bagi menghadapi cabaran masa kini dan membina masa depan negara yang lebih berdaya saing.