- JBS Kelantan
- Hits: 22
JBS Vanguard FC Unggul dalam Penentuan Penalti Menentang Yaya Empire FC
- JBS Kelantan
- Hits: 22
Kota Bharu, 8 Ogos 2025 – Perlawanan persahabatan antara JBS Vanguard FC dan Yaya Empire FC yang berlangsung di Padang Kombes, Panji pada 7 Ogos telah menyajikan aksi sengit dan penuh semangat daripada kedua-dua pasukan.
Pertemuan yang seimbang ini berakhir dengan keputusan seri pada masa penuh, memaksa perlawanan diteruskan ke penentuan sepakan penalti. Dalam detik-detik mendebarkan itu, JBS Vanguard FC berjaya menewaskan Yaya Empire FC dengan jaringan tipis, sekali gus dinobatkan sebagai juara perlawanan persahabatan tersebut.
Turut serta dalam pasukan JBS Vanguard ialah En. Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, serta En. Mohd Faidhi bin Mat Noor. Kehadiran mereka mencerminkan komitmen berterusan terhadap pembangunan sukan dan belia di peringkat akar umbi.
Perlawanan ini bukan sahaja memperkukuh semangat kesukanan malah mengeratkan lagi hubungan akrab di antara JBS Kelantan dan pasukan Yaya Empire.
Disediakan oleh: Urus setia Portal PBSD Pasir Mas