- JBS Kelantan
- Hits: 45
KEJOHANAN BADMINTON BERGU KELAB BADMINTON MJ (KEMERDEKAAN CHAMPIONSHIP) MERIAHKAN SUKAN KOMUNITI GUA MUSANG
- JBS Kelantan
- Hits: 45
GUA MUSANG, 4 Ogos 2025 – Kejohanan Badminton Bergu Kelab Badminton MJ (Kemerdekaan Championship) Peringkat Terbuka Daerah Gua Musang 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat kesukanan dari 3 hingga 6 Ogos 2025, menghimpunkan seramai 75 peserta yang bertanding dalam dua kategori utama.
Majlis perasmian kejohanan ini telah disempurnakan oleh YB Mohd Syahbuddin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas. Kehadiran beliau menyerikan lagi acara sukan ini serta menjadi simbol sokongan terhadap perkembangan sukan badminton di peringkat akar umbi.
Turut memeriahkan majlis ialah Encik Shahabuddin bin Haji Deraman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang, yang sentiasa memberi dorongan kepada penglibatan aktif belia dalam sukan dan aktiviti komuniti.
Dua kategori dipertandingkan dalam kejohanan ini iaitu Bergu Lelaki (Amatur) dan Bergu Lelaki (Novice). Kejohanan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pemain-pemain tempatan, termasuk wakil kelab dan individu yang aktif dalam arena badminton daerah.
Menambahkan lagi semangat persaingan, jumlah hadiah wang tunai (pool prize) keseluruhan sebanyak RM900 disediakan bagi setiap kategori, selain medal dan sijil penyertaan kepada para pemenang.
Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja bertujuan mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan badminton, malah sebagai salah satu usaha menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan dengan pengisian yang sihat dan berfaedah.
Pihak Kelab Badminton MJ serta semua rakan penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dalam menjayakan kejohanan ini dan berharap ia akan diteruskan sebagai acara tahunan sukan komuniti Gua Musang.