PROGRAM 1000 LIGA – ACARA TENIS (INDIVIDU LELAKI) PERINGKAT DAERAH GUA MUSANG 2025

GUA MUSANG, 2 OGOS 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang telah menganjurkan Program 1000 Liga – Acara Tenis (Individu Lelaki) Peringkat Daerah Gua Musang Tahun 2025 pada 2 Ogos 2025, bertempat di Gelanggang Tenis Taman Wangi, Gua Musang, Kelantan.

Program ini merupakan antara inisiatif pembangunan sukan di peringkat komuniti yang bertujuan memupuk semangat kesukanan, gaya hidup sihat serta mencungkil bakat baharu dalam kalangan belia. Kejohanan ini dilaksanakan secara kategori individu lelaki, dan telah menarik penyertaan seramai 32 orang peserta belia dari sekitar daerah Gua Musang.

Pertandingan dijalankan secara format kalah singkir dan berlangsung dalam suasana meriah serta penuh semangat kesukanan. Para peserta menunjukkan komitmen dan disiplin tinggi sepanjang kejohanan, menjadikan program ini salah satu platform penting dalam penglibatan belia dengan sukan tenis di peringkat daerah.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Norfikri bin Norzaki, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Gua Musang. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan harapan agar lebih ramai belia terus aktif menyertai kejohanan sukan seperti ini, sekali gus memperkukuh perpaduan komuniti melalui penglibatan sukan secara sihat dan berterusan.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search