PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI SIRI 3 (SENAMROBIK) MERIAHKAN DEWAN PPR GUA MUSANG

GUA MUSANG, 4 Ogos 2025 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Siri 3 (Senamrobik) peringkat Daerah Gua Musang yang telah berlangsung pada 1 Ogos 2025 (Jumaat) bertempat di Dewan PPR Gua Musang telah mencatatkan kehadiran seramai 39 orang peserta daripada komuniti setempat.

Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini disambut meriah oleh para peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Aktiviti senamrobik yang dijalankan bertujuan menyemarakkan semangat gaya hidup sihat, di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.

Turut hadir memberikan sokongan sepanjang program ialah Encik Muhammad Norfikri bin Norzaki, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang serta Puan Nurul Syifa binti Husni, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Gua Musang. Kehadiran mereka menyerlahkan komitmen pihak Pejabat Belia dan Sukan dalam menjayakan agenda pembangunan komuniti aktif dan sihat.

Program ini merupakan salah satu inisiatif berterusan di bawah Malaysia Aktif @ Komuniti, yang mensasarkan penyertaan rakyat dalam aktiviti fizikal ringan dan menyeronokkan, seterusnya membudayakan gaya hidup cergas dan sihat dalam kalangan komuniti luar bandar.

Pihak penganjur, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang, merakamkan penghargaan atas sambutan positif yang diterima dan akan terus komited melaksanakan siri-siri seterusnya demi kesejahteraan komuniti tempatan.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search