- JBS Kelantan
- Hits: 150
TUMPAT ‘YAKIN BOLEH’
TUMPAT, 19 MEI 2024 - Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Tumpat anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat dengan kerjasama Kelab Belia Wira Berjaya dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Bharu telahpun berlangsung pada 15 Mei 2024 bertempat di dewan SMK Wakaf Bharu. Selain itu, Majlis Belia Daerah Tumpat dan badan gabungan hadir bagi bacaan Ikrar.
Program ini telah disertai oleh seramai 735 orang peserta yang terdiri daripada guru dan pelajar SMK Wakaf Bharu serta ahli-ahli jawatankuasa kelab belia di daerah Tumpat.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program ini berlangsung iaitu senam cergas, ceramah, mari mencuba dart dan karom serta pertunjukan robotik. Program diteruskan dengan lafaz bacaan ikrar diketuai oleh saudara Ahmad Burhanuddin bin Ahmad Rosdi, Pengerusi Majlis Belia Daerah Tumpat.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal PBSD Tumpat
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal PBSD Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 150
