- JBS Kelantan
- Hits: 20
SUKAN CATUR TARIK 81 PESERTA DI KEJOHANAN 1000 LIGA PASIR PUTEH
- JBS Kelantan
- Hits: 20
PASIR PUTEH, 11 OGOS 2025 – Kejohanan Catur Program 1000 Liga Peringkat Daerah Pasir Puteh telah berlangsung dengan meriah pada 9 Ogos 2025 bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Kamil 1, Pasir Puteh. Program ini dapat menghimpunkan seramai 81 peserta daripada pelbagai peringkat umur.
Objektif utama program ini adalah untuk menggalakkan masyarakat bergiat aktif dan cergas melalui penyertaan dalam pelbagai aktiviti sukan, sekaligus memupuk semangat kesukanan yang sihat.
Permainan catur bukan sahaja memberi cabaran kepada minda, malah mampu meningkatkan kemahiran berfikir secara strategik, melatih kesabaran, meningkatkan daya tumpuan serta mengasah kemampuan membuat keputusan secara bijak. Keistimewaan ini menjadikan catur sebagai sukan minda yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Majlis penutup kejohanan telah disempurnakan oleh Encik Samsul Bahari bin Mohd Jali, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kamil yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Kejohanan ini dapat menjadi platform berterusan bagi melahirkan bakat baharu dalam sukan catur di daerah Pasir Puteh.